Anwar desak siasatan forensik Pemilihan PKR disegerakan

Anwar desak siasatan forensik Pemilihan PKR disegerakan

Bagi membolehkan tugas utama parti untuk memberi tumpuan kepada persiapan  jentera bagi menghadapi pilihan raya akan datang, siasatan yang dibuat oleh syarikat audit terhadap audit forensik Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR), perlu dipercepatkan dan tidak dibiarkan berlarutan.

Presidennya, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyeru agar parti itu mengutamakan ketelusan dan integriti.

“Kita jangan belajar daripada penipuan lain-lain parti yang tidak berani. Bila sebut tentang audit forensik pun mereka takut.

“Cuma kita minta mereka (syarikat audit yang dilantik) percepatkan supaya jangan berlarutan kerana tugas kita ialah persiapkan jentera untuk pilihan raya,” katanya.

Pada 10 Jun lalu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Dr Zaliha Mustafa dilaporkan berkata, pihaknya memerlukan sedikit masa untuk memuktamadkan keputusan pemilihan parti sebelum dibentangkan pada Kongres Nasional PKR.

Selain itu, Anwar menambah, JPP PKR yang diketuai oleh Dr Zaliha telah meminta agar mereka diberikan sedikit ruang tambahan beberapa hari bagi meneliti semua aduan yang dikemukakan.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, ketelusan dan integriti di dalam PKR perlu dipertahankan dan ia membezakannya dengan parti-parti lain.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )