Annuar buat pendedahan selepas dipecat!!

Annuar buat pendedahan selepas dipecat!!

Nampaknya kepimpinan UMNO semakin berantakan. Retak hanya menanti belah. Pelbagai kenyataan dikeluarkan oleh pelbagai pihak demi membuktikan siapa yang benar dan siapa yang salah.

Menggemparkan!!!  Selepas dipecat sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa hari ini tampil membuat pendedahan.

Ahli Parlimen Ketereh itu mendedahkan surat sokongan yang ditandatangani oleh pemimpin tertinggi Umno kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Annuar, ini merupakan pertama kali surat bertarikh 11 Oktober itu didedahkan kerana beliau tidak bersetuju dengan pendirian menyokong Ketua Pembangkang tersebut.

Beliau juga berkata, antara isi kandungan surat sokongan yang dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong itu ialah untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

*“Saya tahu semua sekali dan surat ini saya sudah semak dengan banyak pihak dan surat ini adalah tulen.

*“Dalam surat ini antara perkara-perkara yang disebut ialah menjatuhkan kerajaan yang ada sekarang, menukar perdana menteri dan menjanjikan kesetiaan kepada Anwar Ibrahim,” dedahnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas berikutan pengguguran jawatannya sebagai Setiausaha Agung BN.

Annuar Musa menolak pendirian Ahmad Zahid menyokong Anwar Ibrahim.

Menurutnya, tindakan diambil Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu merupakan percubaan dan perundingan yang melibatkan DAP dalam apa yang dipanggil penjajaran baharu politik.

Sejak Oktober tahun lalu, tular sepucuk surat menggunakan kepala surat Umno yang didakwa ditulis oleh Ahmad Zahid kepada Yang di-Pertuan Agong.

Kandungan surat bertarikh 11 Oktober lalu itu mendakwa Ahli Dewan Rakyat Umno memberikan sokongan kepada Anwar sebagai calon Perdana Menteri kesembilan.

Walau bagaimanapun, beberapa Ahli Parlimen Umno tampil menafikan sokongan untuk Anwar menjadi Perdana Menteri.

Mereka juga menolak sebarang penggabungan politik Umno dengan DAP. Antaranya, Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

Annuar sebelum ini menegaskan pendiriannya tidak berganjak daripada keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno bahawa ‘No DAP, No Anwar ‘.

Kenapa baru sekarang didedahkan, setelah dipecat daripada jawatan? Kenapa tidak dari dulu? Jelas semuanya kerana kuasa yang telah ditarik!!

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )