Angkuhnya Wan Saiful!!

Angkuhnya Wan Saiful!!

Ketua Penerangan BERSATU, Wan Saiful Wan Jan berkata, seluruh jentera dan organisasi BERSATU kekal menyokong kepimpinan Muhyiddin dalam rangka memastikan kebajikan rakyat terjaga dan ekonomi negara dapat dibina semula.

“YB Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membohongi rakyat apabila mendakwa mempunyai cukup sokongan dalam usaha menggulingkan kerajaan. Apa yang difikirkan hanyalah cita-cita peribadi sahaja, tanpa memikirkan kesan ketidakstabilan politik kepada ekonomi negara dan kebajikan rakyat,” dakwanya angkuh.

Untuk makluman, Ketua Penerangan BERSATU, Wan Saiful Wan Jan merupakan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan pemikir Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) yang diasaskan beliau bersama YAM Tunku Zain Al-‘Abidin ibni Tuanku Muhriz, anakanda Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Entah demokrasi apa yang beliau pelajari dan promosi ketika berada dalam badan pemikir itu. Apabila beliau memilih untuk bersekongkol dengan gerombolan TEBUK ATAP yang mencuri mandat rakyat, pada 1 Mac lalu, ternyata beliau telah menyeleweng daripada prinsip demokrasi yang bersandarkan Pilihan Raya Umum dalam membentuk kerajaan.

Entah ekonomi apa yang beliau ingin tawarkan, kerana sejak merampas kuasa, tidak nampak pun apa-apa pertambahan dalam perdagangan dan pelaburan luar, walaupun Kerajaan PERIKATAN NASIONAL mempunyai TIGA orang duta khas Perdana Menteri bertaraf Menteri.

“Sekiranya inilah strategi terdesak yang beliau mahu gunakan, saya cadangkan beliau bersara sahaja daripada politik negara dan benarkan tokoh lain mengambil alih kepimpinan pembangkang agar pembangkang di negara kita boleh menjadi pembangkang yang konstruktif (constructive opposition),” sindirnya.

Jangan terlalu membongak, jangan terlalu angkuh saudara.

Entah-entah apabila BERSATU benar-benar jatuh, pemimpin parti itu kemungkinan tidak terpilih pun untuk mengambil alih kepimpinan pembangkang. Apa lagi untuk menjadi pembangkang yang konstruktif.

Jangan sampai nanti, awak yang gigit jari!

Makluman: Artikel ini tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi JOMChannel.Net

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )