Amaran Tajuddin kepada Khairy: Jangan ingat kita bodoh!!

Amaran Tajuddin kepada Khairy: Jangan ingat kita bodoh!!

Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, mereka yang berada dalam barisan kepimpinan tertinggi UMNO tahu perkara terbaik untuk parti dengan memberi keutamaan dan fokus menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) terlebih dahulu.

Menurutnya, pemilihan parti yang dibuat sebelum PRU15 boleh menjejaskan usaha penyatuan ahli dan persediaan yang telah dilakukan sebelum ini.

“Saya beri amaran kepada Khairy (Khairy Jamaluddin Abu Bakar), jangan ingat kita bodoh, lagi pula kita tahu siapa dia, apa yang dia lakukan dan apa yang dia mahu lakukan.

“Penangguhan ini sudah dipersetujui dan dibincangkan dalam perjumpaan-perjumpaan UMNO sebelum ini dan ia sudah diputuskan pun, jadi tak perlulah dia beria-ia dengan gesaan supaya disegerakan pemilihan parti,” katanya.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata, dalam keadaan pentadbiran kerajaan terumbang-ambing ini, adalah mustahil untuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menangguhkan PRU15 sehingga 2023.

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )