AMANAH menjunjung kasih titah YDPA

AMANAH menjunjung kasih titah YDPA

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) YB Haji Mohamad Sabu mewakili Parti AMANAH menjunjung kasih di atas keputusan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Majlis Raja Raja Melayu yang menolak permohonan Kabinet Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin agar darurat diisytiharkan di negara ini  atau mana-mana bahagian negara Malaysia.

Beliau berkata demikian dalam satu Kenyataan Media yang dibuat semalam bertarikh 25 Oktober 2020.

Beliau turut menyatakan keyakinan beliau dan keseluruhan parti tentang keputusan bijaksana Baginda dengan mengutamakan kepentingan rakyat jelata dan kemakmuran negara secara keseluruhannya.

“Parti Amanah meyakini bahawa keputusan ini telah dibuat dengan penuh hemah dan kebijaksanaan dengan mengambil kira kepentingan rakyat Malaysia seluruhnya dan kelangsungan kemakmuran negara”, menurut kenyataan itu.

Parti AMANAH  menzahirkan uvcapan “menjunjung kasih” titah Baginda dan akan menyokong segala usaha memerangi Covid-19 dan berjanji akan bersama sepenuhnya dalam usaha ini.

Makluman: Artikel ini tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi JOMChannel.Net

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )