Akta Antilompat Parti diteliti, disegerakan

Akta Antilompat Parti diteliti, disegerakan

Ahli Parlimen Pengerang, Dato’ Sri Azalina Othman Said berkata, Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti diteliti dalam Mesyuarat Ketiga Jawatankuasa Pilihan Khas yang berlangsung hari ini.

“Amat penting bagi RUU Antilompat Parti disegerakan demi menjaga hak dan kuasa pengundi.

“Ahli-ahli Jawatankuasa RUU Antilompat Parti berusaha melakukan yang terbaik bagi memastikan pengundi kekal yakin pada sistem demokrasi kita,” katanya.

Memetik kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Dato’ Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, pada 20 April lalu, beliau komited Jawatankuasa Pilihan Khas berhubung pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti dapat menyediakan penyata mengandungi cadangan RUU itu dalam tempoh sebulan.

Wan Junaidi yakin Jawatankuasa yang dipengerusikannya itu dapat menyediakan penyata mengandungi cadangan RUU berkaitan dalam tempoh itu.

Jelas Wan Junaidi, perkara itu dapat direalisasi kerana Jawatankuasa itu dianggotai oleh pakar dan pengamal undang-undang yang berpengalaman bagi menggubal undang-undang berkenaan.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )