Akan ada penyandang kerusi Parlimen lompat sebelum penamaan calon

Akan ada penyandang kerusi Parlimen lompat sebelum penamaan calon

Pemerhati politik meramalkan ada penyandang kerusi Parlimen mengambil kesempatan untuk melompat parti, khususnya sebelum hari penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain tidak menolak penyandang kerusi Parlimen daripada BERSATU akan melompat ke parti lain, berdasarkan ‘trend’ keluar parti dalam kalangan pemimpin parti itu.

“Tidak dinafikan mungkin akan ada Ahli Parlimen yang melompat parti (setelah Parlimen dibubarkan) jika ada ruang sebegini, khususnya pada saat-saat akhir sebelum penamaan calon.

“Ini untuk survival politik mereka dan jika bernasib baik, boleh dipilih sebagai calon PRU. Mungkin tidak yakin partinya akan menang dalam PRU, mereka pun pindah parti.

“Saya menjangka mungkin daripada BERSATU khususnya kerana berdasarkan sejarah, mereka pun melompat dari UMNO. Baru-baru ini pun, ada pemimpin BERSATU menyertai PKR kerana lebih mudah diterima berikutan keahliannya lebih terbuka,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )