Air mata Sang Pengkhianat Azmin akhirnya jatuh jua

Air mata Sang Pengkhianat Azmin akhirnya jatuh jua

Pengkhianat Politik Paling Popular Negara, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyatakan kesyukurannya apabila kepimpinan negara dapat diharungi dengan tenang dan sabar. Kononnya banyak cabaran yang mendatang sejak setahun berkuasa.

Pengarah Pilihan Raya PN yang juga bekas Timbalan Presiden PKR itu berkata, sempena satu tahun Kerajaan Perikatan Nasional kami memohon petunjuk dan kekuatan untuk meneruskan khidmat bakti kepada rakyat.

“Sebentar tadi bersama YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri menginsafi amanah selama satu tahun pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional dengan Majlis Solat Hajat di Masjid Putra, Putrajaya,” katanya di Facebooknya semalam.

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak itu berkata manusia berusaha, namun ketentuan di tangan Ilahi.

Hakikatnya, Azmin selayaknya dilabel penyokong Pakatan Harapan (PH) sebagai pengkhianat apabila memegang watak utama tumbangnya 22 bulan pentadbiran kerajaan PH.

Rampasan kuasa yang digelar Langkah Sheraton itu berjaya dilakukan kerana kumpulan Muhyiddin dari Bersatu dan kumpulan Azmin membawa keluar 31 kerusi Parlimen dari PH.

Nampaknya rakyat menyaksikan jatuhnya air mata lelaki hipokrit sang pengkhianat yang kini Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN).

Namun jangan lupa Azmin, air mata rakyat sudah lama kering kerana penderitaan dan kekecewaan yang telah anda lakukan selama 22 bulan bersama PH dan setahun bersama PN. Dan kami semua sedang menantikan saatnya kamu tersungkur!!

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )