Ahmad Maslan sombong, biadab!!

Ahmad Maslan sombong, biadab!!

Kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkenaan orang yang mempunyai Ijazah kedoktoran (PhD) juga bersetuju Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan segera disifatkan sebagai dangkal dan tidak mewakili suara akar umbi UMNO.

Exco Pemuda UMNO, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin mempersoalkan kenyataan tersebut dan berpendapat masyarakat lebih ramai tidak bersetuju dengan keputusan untuk mengadakan PRU.

Menurutnya, tidak semua orang mempunyai ilmu pengetahuan yang cetek meskipun mereka bukan golongan berpendidikan tinggi.

“Beritahu saya, orang PhD mana yang dia sudah tanya? Berapa ramai orang PhD yang bersetuju agar PRU diadakan segera?

“Saya percaya lebih ramai yang tidak bersetuju berbanding setuju lagi-lagi rakyat seperti kami. Walaupun kami tidak ada PhD, tapi kami tidaklah dangkal pemikiran,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Selebum ini, Ahmad mengeluarkan kenyataan bahawa tidak ada sebab dan alasan kenapa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tidak dapat diadakan dalam tempoh terdekat ini.

Hebat betul Setiausaha Agung lantikan baharu Barisan Nasional ini. Tidak toleh kiri kanan, bercakap ikut sedap mulut. Semakin berbunyi, semakin nampak tidak cerdik beliau.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyelar menyifatkan kenyataan Ahmad itu adalah suatu kesombongan dan menghina pekerja biasa yang menolak idea agar PRU diadakan semasa Covid-19 masih mengancam.

“Ucapan menghina Ahmad terhadap pekerja biasa yang menentang tuntutan Umno untuk PRU menunjukkan betapa jauhnya pemimpin Perikatan Nasional (PN) terputus dengan penderitaan dialami rakyat biasa

“Ahmad dengan sombong menyatakan bahawa hanya orang berpendidikan PhD saja yang akan memahami keperluan PRU awal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ramai yang terpana, seolah-olah ada ‘tulah’ dengan kesombongan dan kebiadaban Ahmad maslan. Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, disahkan positif COVID-19.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun  juga  disahkan positif Covid-19 hari ini.

Tapi rakyat tidak pernah hairan dengan kerajaan Perikatan Nasional.  Setakat positif Covid-19, masa pengundian belanjawan pun mereka sanggup datang walaupun dalam pakaian PPE. Kerana apa? Kerana kuasa dan kedudukan.

Sekarang sibuk mendesak diadakan PRU dengan segera tanpa memikirkan nasib rakyat, pekerja barisan hadapan dan Kementerian Kesihatan yang tidak kenal siang malam bertungkus-lumus membantu pesakit.

 

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )