Ahmad Maslan cuba tegak benang basah

Ahmad Maslan cuba tegak benang basah

Nampaknya dalam kekecohan dan keberantakan yang berlaku dalam UMNO, kelihatan pula Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan terus cuba tegakkan benang yang basah.

Beliau bersungguh-sungguh menegaskan tiada krisis berlaku dalam parti itu seperti yang dihebohkan.

Beliau berkata, Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berperanan menjaga dan mentadbir kerajaan, manakala Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula menjaga parti.

Tegasnya lagi, UMNO juga tidak akan berpecah disebabkan isu penyingkiran Dato’ Sri Tajuddin Abdul Rahman daripada jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Selain itu, Ahmad berkata, seperti diulangi oleh Ahmad Zahid pada mesyuarat MKT yang berlangsung malam Ahad lalu, Ismail Sabri akan menjadi ‘poster boy’ dan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

“Presiden #UMNO ulangi dlm (dalam) Mesyuarat MKT pd (pada) 24/6/22 bahawa calon PM / “poster boy” utk (untuk) #PRU15 adalah DSIS @IsmailSabri60.

Hantaran Ahmad merujuk kepada laporan media mengenai tindakan Tajuddin yang membuat pelbagai dakwaan terhadap Presiden UMNO kelmarin, yang disifatkan pemimpin UMNO hanya mengundang kemelut dalam parti.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan dalam kenyataannya semalam, berkata tindakan Tajuddin itu juga hanya akan menjadi peluru kepada pihak lawan bagi menyerang UMNO.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )