Ada usaha dalaman nak jatuhkan PN

Ada usaha dalaman nak jatuhkan PN

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mendakwa wujud usaha dalaman yang terancang menyerang kerajaan Perikatan Nasional (PN) sejak Ogos tahun lalu.

Beliau berkata, kononnya kejayaan kerajaan tidak dapat dihapuskan dan rakyat mengetahui apa yang dilakukan PN.

“Kerajaan ini dikendalikan oleh pasukan bimbingan bekas Perdana Menteri seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak. Insya-ALLAH mereka cukup pengalaman memimpin kerajaan,” katanya menerusi ciapan di Twitter beliau pada Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa kerajaan PN tetap mempunyai perancangan tersendiri bagi memastikan setiap masalah dihadapi negara dapat diselesaikan dengan baik, biarpun tiada manifesto jelas.

Menurut Mustapa, pihaknya sentiasa mengadakan perbincangan di kabinet melibatkan wakil-wakil dalam kerajaan seperti Pas, UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), MIC, MCA dan lain-lain.

Ia sebagai mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mendapati PN tidak mempunyai hala tuju disebabkan tiada manifesto jelas.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )