Wanita AMANAH bukan tamak kuasa

Wanita AMANAH bukan tamak kuasa

Wanita AMANAH (AWAN) bukan mahu 50% seiring dengan bilangan pengundi wanita di seluruh negara.

Wanita AMANAH bukan golongan yang tamak kuasa, tetapi hanya mahu menyumbang untuk negara menerusi perkongsian kuasa.

Tuntutan mereka juga tidak seiring dengan bilangan wanita yang kini berada di institusi pengajian tinggi dalam negara ini.

Naib Presiden AMANAH Nasional, Dr Siti Mariah Mahmud menegaskan agar parti itu menetapkan peruntukan 30 peratus kerusi kepada sayap wanita.

Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Serdang itu mahu kepimpinan parti perlu lebih adil dan perkara tersebut tidak boleh ditangguhkan lagi.

“Peruntukan kerusi sebanyak 30 peratus untuk wanita mesti ditetapkan. Mesti kena siapkan dulu. Apa berlaku kalau tak tetapkan perkara ini? Maka ini tak adil.

“Kita hanya minta 30 peratus. Jangan ada lagi alasan. Kepada calon wanita, jangan harap kita nak tanding tempat kita. Sekarang jangan sebut lagi calon tempatan, anda perlu bersedia untuk bergerak,” tegasnya.

JOM Channel menyokong penuh tuntutan Dr Siti Mariah. Pada masa yang sama, jangan ada pemimpin yang takut kalah, lalu mengambil tempat yang pasti menang kerana penyandangnya seorang wanita.

Di samping itu, Dr Siti Mariah Mahmud juga khuatir dengan sikap sesetengah anak muda yang begitu aktif terhadap politik sehingga mengejar jawatan dalam parti.

Beliau berkata, ada kalangan mereka terlalu mengharapkan jawatan sebagai tempat mencari pendapatan dan meninggalkan parti apabila tidak mendapat jawatan atau habuan.

“Saya tidak mahu anak muda obses dengan jawatan. Kalaulah kepimpinan itu disamakan dengan jawatan, maka kita gagal.

“Saya risau anak muda terlibat dalam politik mengharapkan jawatan sebagai tempat mencari pendapatan. Saya bimbang sekiranya mereka berfikir tanpa jawatan, mereka tiada pendapatan.

“Maka ini akan mendorong mereka melakukan apa sahaja demi jawatan. Bila tak jadi calon, gelabah mereka,” katanya dalam ucapan penggulungan Konvensyen AMANAH Nasional hari ini.

Makluman: Artikel ini tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi JOMChannel.Net

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )