50 hari pentadbiran Anwar, PN Johor tak senang duduk

50 hari pentadbiran Anwar, PN Johor tak senang duduk

Perikatan Nasional (PN) Johor dilihat meroyan apabila menyifatkan tempoh 50 hari pentadbiran Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai tidak memberangsangkan, tiada kesungguhan menyelesaikan isu semasa dan lebih berdrama daripada bekerja.

Pengerusi PN Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, kononnya Kerajaan Perpaduan yang ditunjangi Pakatan Harapan (PH) dan BN tiada kesungguhan menyelesaikan masalah rakyat seperti yang mereka janjikan dalam manifesto masing-masing.

Beliau berkata, kononnya ‘pakar ekonomi’ ketika menjadi pembangkang iaitu Rafizi Ramli sehingga kini masih belum berjaya mengemukakan formula yang dapat memulihkan ‘poket’ rakyat walaupun sudah menjadi Menteri.

“Tertunggu-tunggu juga apa yang akan membuatkan PN ‘terduduk’. Jangan pula beliau yang ‘terciduk’. Sedang Perdana Menteri tersenyum dengan jawatan beliau, Jemaah Menteri Kerajaan campuran terus berkelakuan ‘abnormal’,” dakwa beliau.

Antaranya, ujar Dr Sahruddin, pemberian tuala wanita percuma di pejabat Menteri berkenaan, selain itu disekat pula hak kebebasan bersuara rakyat terutama dalam aplikasi TikTok.

Seterusnya jelas beliau, keputusan kerajaan yang berubah-ubah mengenai pelantikan jawatan dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan.

Jelasnya lagi, itu belum dipersoalkan berkenaan janji Anwar untuk menurunkan harga minyak ketika berkempen semasa menjadi pembangkang yang sehingga ke hari ini harga minyak masih tidak berubah seperti dijanjikan.

Selain itu katanya, kebimbangan umum terhadap kemasukan pelawat dari China juga seakan tidak didengari sedangkan rakyat telah merasai kesukaran dan kesengsaraan akibat pandemik Covid-19 dua tahun lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong itu berpendapat, tempoh 50 hari pentadbiran Anwar menjadi Perdana Menteri tiada apa yang boleh dibanggakan termasuk lantikan Jemaah Menteri yang tiada ‘wow factor’.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )