29 ‘Datuk’ dan ‘Datuk Seri’ palsu didedah

29 ‘Datuk’ dan ‘Datuk Seri’ palsu didedah

Kerajaan Pahang mengeluarkan notis awam menyenaraikan 29 nama `Datuk’ dan ‘Datuk Seri’ palsu susulan pemalsuan senarai nama penerima pingat daripada Sultan Pahang.

Notis awam itu menyenaraikan 29 nama individu terbabit, yang tiada dalam senarai penerima Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur.

Ia berkaitan dengan kes pemalsuan senarai nama penerima pingat yang membawa gelaran Datuk dan Datuk Seri, sebelum ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak, berkata, pihaknya setakat ini hanya mengeluarkan notis awam berkenaan dan tiada tindakan lain.

Terdahulu, dua bekas kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Pahang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, pada 28 Disember lalu, atas pertuduhan mengubah suai kandungan laman sesawang sistem pengurusan darjah kebesaran dan pingat negeri Pahang tanpa kebenaran, dua tahun lalu.

Kedua-dua lelaki berusia 30 tahun dan 36 tahun itu didakwa tanpa kuasa menggunakan nombor pengenalan mereka untuk memasukkan sejumlah nama individu ke dalam laman sesawang sistem pengurusan darjah kebesaran dan pingat negeri Pahang sebagai penerima pingat Datuk dan Datuk Seri daripada Sultan Pahang sedangkan individu terbabit tidak disenaraikan untuk menerima anugerah berkenaan.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )