27 ADUN Johor hanya sekadar pemerhati JTPD cetus rasa kecewa

27 ADUN Johor hanya sekadar pemerhati JTPD cetus rasa kecewa

Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Jimmy Puah Wee Tse, menzahirkan rasa kecewa apabila 27 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor hanya dijemput sebagai pemerhati Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) dan bukannya sebagai ahli ‘ex-official’ yang boleh bersuara dan menyatakan pandangan.

Katanya, tindakan sedemikian tidak memberi manfaat kepada ADUN pembangkang yang terdiri daripada PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH).

“Selepas Hasni mengumumkan ADUN pembangkang dari Pakatan Harapan (PH) dijemput menjadi pemerhati JTPD pada pembentangan Belanjawan Johor 2022 pada Khamis lalu, kami cukup kecewa dan menganggap ia tidak adil,” katanya.

Ketua Pembangkang yang juga Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan mengadakan mesyuarat pada Khamis dan seterusnya mencapai kata putus menolak tawaran tersebut.

Wee Tse yang juga ADUN Bukit Batu berkata, Aminolhuda sudah menyampaikan keputusan sebulat suara PH Johor itu kepada Hasni, malah ADUN Jementah, Tan Chen Choon akan membawa usul mengenai isu ini pada sesi penggulungan Belanjawan Johor 2022, Ahad nanti.

Sebelum itu pada Khamis lalu, Hasni yang juga ADUN Benut mengumumkan kerajaan negeri bersetuju untuk menjemput ADUN pembangkang untuk menyertai JTPD, sebagai pemerhati.

Hasni dilaporkan berkata, langkah itu sebagai maklum balas kepada permintaan ADUN pembangkang yang mahu terbabit sama dalam jawatankuasa berkenaan.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )