1MDB: Saksi sifatkan kerajaan Malaysia lemah

1MDB: Saksi sifatkan kerajaan Malaysia lemah

Bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, bahawa kerajaan Malaysia lemah kerana Syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu mendapatkan surat sokongan (LOS) bagi mengumpul dana AS$3 bilion.

Saksi pendakwaan ke-26, Datuk Siti Zauyah Mohd Desa berkata demikian ketika pemeriksaan balas oleh Peguam, Wan Aizuddin Wan Mohammed yang mewakili bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak ketika prosiding kes rasuah RM2.3 bilion dana 1MDB dan pengubahan wang haram.

Saksi itu berkata, LOS itu diperlukan bagi projek usaha sama antara syarikat pelaburan strategik negara dengan Aabar (Investments PJS Ltd).

Menurutnya, kertas cadangan itu disediakan oleh Kementerian Kewangan dan dibentangkan di Kabinet sebelum diluluskan Jemaah Menteri.

Selain itu, saksi turut menyentuh isu Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) ketika itu, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Beliau berkata, Mohd Irwan Serigar mengarahkannya untuk memasukkan LOS dalam kertas cadangan.

Beliau juga berkata, tidak boleh menjawab soalan yang dikemukakan Wan Aizuddin sama ada beliau bersetuju atau tidak, bahawa LOS merupakan satu keperluan sebelum dibentang di Kabinet.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )