1,328 kluster tempat kerja dikenal pasti, 147,040 positif

1,328 kluster tempat kerja dikenal pasti, 147,040 positif

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sektor pengilangan terus merekodkan jumlah jangkitan baharu tertinggi bagi kluster tempat kerja.

Sehingga kini, sektor berkenaan telah mencatatkan 95,156 kes melibatkan 639 kluster.

Tegas beliau, terdapat 1,328 kluster tempat kerja dikenal pasti oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan 624,246 individu telah disaring, manakala 147,040 orang telah dikesan positif COVID-19.

Sehubungan itu, Dr Noor Hisham menggesa, tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di tempat kerja perlu dipertingkat berikutan kluster melibatkan premis-premis sedemikian masih mencatatkan rekod yang tinggi.

Beliau berkata, meskipun sebahagian besarnya melibatkan pekerja asing, namun, ia terus menjadi penyumbang kepada tercetusnya kluster baharu.

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )