13 wakil rakyat bakal sertai ‘Parti Zuraida’

13 wakil rakyat bakal sertai ‘Parti Zuraida’

Parti Bangsa Malaysia atau lebih dikenali sebagai ‘Parti Zuraida’ yang akan dilancarkan secara rasmi pada pertengahan bulan depan dijangka dianggotai 13 Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Walaupun Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin diramal sesetengah pihak akan meneraju parti itu, tetapi pengasas parti iaitu Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong berkata, Zuraida belum lagi menjadi Presiden.

Beliau memberitahu Nanyang Siang Pau, isu Zuraida menjadi Presiden parti harus dijawab sendiri oleh puan punya badan.

Steven berkata, terdapat empat Ahli Parlimen dan tujuh ADUN telah menyatakan minat untuk menyertai, tetapi orang ramai tidak perlu berteka-teki mengenai barisan kepimpinan parti kerana perubahan boleh berlaku menjelang hari pelancaran pada pertengahan bulan depan.

Menurut Steven, perlembagaan Parti Bangsa Malaysia adalah lebih fleksibel iaitu Majlis Tertinggi boleh melantik orang untuk mengisi jika berlaku kekosongan kerana peletakan jawatan.

Katanya, dua Timbalan Presiden, termasuk satu yang dikhususkan untuk wakil dari Borneo akan diwujudkan.

Katanya, Parti Bangsa Malaysia menyediakan satu platform kepada wakil rakyat bebas untuk bersuara secara bersekutu dan bukannya secara bersendirian.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )